Translate

20 October 2020

Subang Jaya Diisytihar Sebagai Bandar Raya

MPSJ diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya


Subang Jaya diisytihar sebagai bandar raya
Astro Awani
20 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa pada Selasa.

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, pengisytiharan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Dalam masa yang sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya.

"Perkara itu mengikut Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Kata Amirudin, Kerajaan Negeri merafak sembah menjunjung kasih Sultan Selangor di atas perkenan yang diberikan dan berharap dengan pemasyuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan bandar itu.

Pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED