Translate

14 October 2020

SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Ini 5 Tumpuan Kenyataan Media PKPP: Ditahan-284 Dikompaun-278 Direman-6


SOP PKPB mukim Klang terbatal, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Astro Awani
14 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor turut terpakai bagi mukim Klang, sekali gus bermakna SOP bagi mukim itu yang diumumkan minggu lalu terbatal.

Berikut lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1) Seramai 284 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun, enam lagi direman.

3) Antara kesalahan ingkar PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (134), gagal menjaga penjarakan fizikal (68) dan gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (33).

4) Pihak berkuasa berjaya menahan 37 PATI dan merampas dua kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

5) SOP PKPB seluruh Selangor adalah terpakai bagi mukim Klang.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/sop-pkpb-mukim-klang-terbatal-ini-lima-tumpuan-kenyataan-media-pkpp-263538


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (14 Okt 2020) 1.Task Force Operasi Pematuhan •3,024 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,887 anggota telah membuat 7,077 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

oPremis beroperasi lebih masa (16) oAktiviti di pusat hiburan (8) oEnggan menjalani ujian saringan COVID-19 (3) oMembawa penumpang lebih dari yang dibenarkan (1) oLari dari sekatan jalan raya (1)

2.Kawalan Sempadan Negara •Op Benteng telah berjaya menahan 37 PATI serta merampas 2 kenderaan darat. •Sebanyak 282 SJR Op Benteng dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 204 SJR oATM – 68 SJR oAKSEM – 10 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 10,438 operasi sanitasi merangkumi 135 zon. •Semalam, 19 operasi sanitasi meliputi 1 Zon Merah, 7 Zon Kuning dan 7 Zon Hijau di 7 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan iaitu:

oSarawak (4 operasi) oPulau Pinang (4 operasi) oKedah (4 operasi) oMelaka (2 operasi) oWP Putrajaya (2) oPahang (1 operasi) oPerak (1 operasi) oPerlis (1 operasi) •Operasi melibatkan 56 anggota JBPM serta 90 PBT dan 5 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib •48,098 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

•9,919 sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

•381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 37,798 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5.Berita Palsu •273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

•Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima. •390 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

6. PKPB di Negeri Selangor •Kerajaan telah mengumumkan PKPB di seluruh negeri Selangor bermula hari ini, 14 Oktober 2020 maka SOP PKPB di mukim Klang yang diumumkan lebih awal adalah terbatal. •SOP PKPB seluruh Selangor adalah terpakai juga bagi mukim Klang


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED