Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
10 Oktober 2020
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam sehingga diberitahu kelak.
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu susulan seorang jemaah yang hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat Jumaat pada 2 Okt, didapati positif COVID-19.
"Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir pada solat Jumaat pada hari itu adalah seramai 1,310 orang.
"Oleh yang demikian, JAIS menyeru para jemaah yang hadir waktu berkenaan supaya tampil dan segera melakukan saringan di klinik kesihatan yang berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kawalan kendiri dengan kuarantin di rumah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Buat masa ini, pihak JAIS hanya membenarkan tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk melaungkan azan dan melakukan solat fardhu.
"Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA

Siapa ada solat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang 2 Okt lepas.
Ikut daftar nama, ada 1,310 jemaah ketika itu.
Bagi elak risiko COVID-19, jemaah yang ada simptom diminta buat swab test segera di klinik kesihatan. Seorang jemaah disahkan positif hari itu.
Siapa ada solat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang 2 Okt lepas.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 9, 2020
Ikut daftar nama, ada 1,310 jemaah ketika itu.
Bagi elak risiko COVID-19, jemaah yang ada simptom diminta buat swab test segera di klinik kesihatan.
Seorang jemaah disahkan positif hari itu. pic.twitter.com/Q7oX5JT7ra