Translate

21 October 2020

Seorang Lagi Kakitangan DBKL Positif COVID-19

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 

Seorang lagi kakitangan DBKL positif COVID-19
BERNAMA
21/10/2020 


KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengesahkan seorang lagi kakitangannya dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, kes ketiga dalam kalangan kakitangannya.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kes terbaharu itu melibatkan kakitangan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang beroperasi di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, di sini.

“Kakitangan ini disahkan positif COVID-19 pada 20 Okt, selepas diarahkan menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan Rawang ekoran menjadi kontak rapat kepada kes pertama kakitangan DBKL, sebelum ini. DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) juga sedang giat mengesan kontak rapat pesakit bagi tindakan susulan,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan pemilik bangunan berkenaan telah melaksanakan operasi nyah kuman di lobi dan lif serta tingkat 3,4,5,6,7,17 Menara TH Perdana, dan menurut DBKL, operasi di ketiga-tiga Menara DBKL berjalan seperti biasa, namun prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM akan diperketatkan.

Pada 15 Okt lepas, DBKL mengesahkan dua kakitangannya positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED