Translate

25 October 2020

Sembilan Lagi Kluster Baharu Dikesan, Empat Di Sabah

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah 



COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikesan, empat di Sabah
Astro Awani
25 Oktober 2020


KUALA LUMPUR : Sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster itu direkodkan di Sabah manakala lima lagi kluster dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Sarawak.

Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul.
Sementara Kluster Mentari pula dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Empat lagi kluster adalah Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Bayan di Pulau Pinang dan Kluster Seladah di Sarawak.

Dalam pada itu Kluster Makekar pula dikesan di Johor, Terangganu dan Selangor.

Perincian mengenai kluster-kluster itu adalah seperti berikut:

1) Kluster Titir

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-20,232 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).

2) Kluster Omadal

Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-21,073 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 (sembilan kes baharu) sementara 167 individu negatif.

3) Kluster Bandaran

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-18,471 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu) sementara 29 kes dikesan negatif.

4) Kluster Jambul

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-14,932) yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu), 20 individu negatif manakala diua individu lagimasih menunggu keputusan.

5) Kluster Bayan

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-22,930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu), 60 individu negatif dan 150 individu lagimasih menunggu keputusan.

6) Kluster Mentari

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,394 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 (lima kes baharu), 10 kes dilaporkan negatif dan 66 individu lagi masih menunggu keputusan.

7) Kluster Jernih

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,435 hingga kes ke-24,438 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu) dan 61 individu masih menunggu keputusan.

8) Kluster Seladah

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching dan Serian, negeri Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-24,448 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring di mana Tujuh kes dikesan positif COVID-19 (empat kes baharu), empat individu dikesan negatif dan tujuh individu masih menunggu keputusan.

9) Kluster Makekar

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor, daerah Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu serta daerah Klang di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-23,800 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu), 106 individu dikesan negatif COVID-19 dan 16 individu masih menunggu keputusan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED