Translate

20 October 2020

Satu Kluster Baharu Di Sabah, Selangor Terus Catat Pertambahan Kes

 Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah




COVID-19: Satu kluster baharu di Sabah, Selangor terus catat pertambahan kes
Astro Awani
20 Oktober 2020


PUTRAJAYA: Satu kluster lagi baharu telah dikesan di Sabah, dikenali sebagai Kluster Kertang di daerah Kota Belud.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sejumlah 216 individu telah disaring berikutan kewujudan kluster tersebut.

"Terdapat satu kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah.

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud," katanya dalam sidang media harian berkaitan perkembangan COVID-19, hari ini.

Jelasnya, daripada saringan yang dijalankan itu, sebanyak 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dan 195 individu pula didapati negatif.

Dalam pada itu, susulan peningkatan kes di Selangor, Dr Noor Hisham memaklumkan ia adalah berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi di negeri tersebut.

"Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan kes dari kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah," katanya.

Tambahnya, peningkatan kes penularan tempatan di Selangor mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama iaitu Kluster Jalan Apas sehingga kluster terbaharu iaitu Kluster Hentian.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-satu-kluster-baharu-di-sabah-selangor-terus-catat-pertambahan-kes-264452

Kluster baharu



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Terengganu umum Ahad hari kelepasan am' 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 2 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 5 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 8 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI te' 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 12 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 13 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Tengku Zafrul nominated as BAM president for 2025-' 14 mins ago