Translate

18 October 2020

Reman Empat Lelaki Halang Polis Jalankan Tugas Dilanjutkan (1 Video)

Tempoh reman empat lelaki yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas 

Reman empat lelaki halang polis jalankan tugas dilanjutkan
BERNAMA
18/10/2020 03:15 PM



IPOH, 18 Okt -- Tempoh reman empat lelaki yang ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River, Tanjung Malim awal pagi Jumaat lepas disambung dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata polis membuat permohonan tempoh reman itu di Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi tadi bagi membantu siasatan lanjut.

"Reman selama tiga hari keempat-empat lelaki berkenaan tamat pada hari ini dan disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, pasukan peronda polis (MPV) telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan lelaki terbabit yang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik kuat dari dalam kereta.

Apabila tiba di lokasi, pasukan polis telah memberi nasihat supaya keempat-empat lelaki berusia 25 hingga 41 tahun yang berada di luar kereta yang diparkir di tepi jalan beredar dan tidak membuat bising.

Bagaimanapun, dua daripada mereka mengamuk dan menyerang seorang anggota polis dengan menolak badannya serta mengeluarkan kata-kata kesat manakala seorang merakam video dan cuba melakukan provokasi menyebabkan pihak polis menahan mereka.


 BERNAMA

INDIA Mabuk Kurang Ajar Dengan Polis

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED