Translate

11 October 2020

Polis Keluarkan Kompaun Serta Merta Kepada Pelanggan & Pemilik Kerana Ingkar SOP PKPP, Kompoun Mesti Dibayar Dalam 14 Hari (1 Video)


 

 

MKL Crimedesk
11 Oktober  2020



Meronda tak sampai 15 minit, sebanyak 8 kompaun sudah dikeluarkan kepada individu yang ingkar Prosedur Operasi Standard PKP Pemulihan.

Itu yang dikesan dalam Operasi Khas Pematuhan SOP PKPP IPD Gombak di sekitar Bandar Baru Selayang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, operasi bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kes penularan dan jangkitan wabak Covid 19 yang semakin meningkat.

Antara kesalahan dikesan, tidak mendaftarkan diri di buku log pemilik premis mahupun menggunakan aplikasi MySejahtera.

8 kompaun yang dikeluarkan termasuk 6 adalah pelanggan, manakala 2 adalah pemilik kedai.

Alasan pelanggan yang diberikan adalah disebabkan jaringan internet yang lemah, tidak memuat turun aplikasi mysejahtera dan data inteenet tidak mencukupi.

Berlainan pula bagi pemilik premis, mereka didapati tidak mengamalkan penjarakan sosial di dalam premis serta tidak ada penjaga buku log daftar.

Namun semua alasan itu tidak dapat diterima.

Polis berharap orang awam sentiasa mematuhi SOP mudah yang ditetapkan.

Kompaun yang dikenakan kepada pesalah perlu dilunaskan sekurang kurangnya 14 hari bermula tarikh terima di Pejabat Kesihatan Daerah ataupun di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara yang perlu dipatuhi adalah orang ramai wajib menggunakan aplikasi My sejahtera atau menulis pengenalan diri dalam buku log untuk daftar identiti setiap kali mengunjungi sesuatu premis. Penjaran sosial serta memakai penutup muka di kawasan awam.

Source: MKL Crimedesk You Tube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED