Translate

01 October 2020

Polis Ipoh Tahan Lapan Individu Terlibat Judi Dalam Talian (1 Video)




Ipoh cops bust online gambling syndicate, eight arrested

Polis Ipoh tahan lapan individu terlibat judi dalam talian
BERNAMA
01/10/2020 06:21 PM


IPOH, 1 Oktober -- Polis menahan lapan individu warga tempatan termasuk dua wanita selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian sejak sebulan lalu di Ulu Kinta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mereka yang berusia 19 hingga 25 tahun terbabit ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah teres dua tingkat kira-kira 6 petang.

"Premis ini merupakan pusat panggilan untuk menjalankan perjudian dalam talian sebuah laman sesawang dari China yang mana pelanggan terdiri daripada rakyat tempatan dan warganegara China.

"Kesemua suspek merupakan operator yang disyaki mempromosikan perjudian menggunakan aplikasi WhatsApp," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.

A.Asmadi berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai barangan antaranya lapan komputer riba, 22 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga buku catitan yang terkandung maklumat akaun media sosial serta empat keping kad mesin juruwang automatik (ATM) bank tempatan.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.

Beliau turut memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kumpulan-kumpulan yang menganjurkan aktiviti perjudian dalam talian seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED