Translate

23 October 2020

Petrol Prices Down by 4 Sen - RON95 (RM1.64) , RON97 (1.94) & Diesel (RM1.74)



RON95, RON97 turun 4 sen tengah malam ini
Astro Awani
23 Oktober 2020


KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen manakala diesel pula turun 1 sen berkuat kuasa 24 hingga 30 Oktober ini.


Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.68 seliter diturunkan kepada RM1.64 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.94 seliter yang mana sebelum ini RM1.98 seliter.


Kenyataan Kementerian Kewangan pada masa sama mengumumkan harga runcit disel kekal pada paras RM1.74 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/ron95-ron97-turun-4-sen-tengah-malam-ini-264929

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED