Pemandu Myvi rempuh anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 6 tahun, denda RM8,000
Astro Awani
Oktober 15, 2020 13:18 MYT
Nur Fatin dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah. -Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut pada Sabtu lalu dihukum penjara enam tahun dan denda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.
Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Nur Fatin turut mengaku salah atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan dan diperintahkan membayar denda berjumlah RM3,300.
Nur Fatin yang bekerja kilang dituduh menyebabkan kematian anggota tentera Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi.