Translate

10 October 2020

Operasi ICU Hospital Queen Elizabeth II Seperti Biasa, Dua Petugas Positif Covid-19 (1 Video)




Semua petugas kesihatan sudah disaring

Operasi ICU Hospital Queen Elizabeth II seperti biasa, dua petugas positif
Astro Awani
10 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku jangkitan COVID-19 melibatkan petugas kesihatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan telah dilakukan dan mendapati dua petugas kesihatan disahkan positif virus tersebut.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan di ICU HQE II masih berjalan seperti biasa, namun terpaksa mengurangkan jumlah pesakit daripada lapan kepada enam pesakit.

"Pihak kami masih lagi menyiasat sama ada virus tersebut telah merebak atau menjangkiti dalam komuniti serta di hospital," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan kesemua pesakit di dalam ICU bebas COVID-19.

Jelasnya, sejak wabak tersebut mula menular di negara ini, sejumlah 198 petugas kesihatan di Sabah telah dijangkiti.

"Secara keseluruhannya, sejak permulaan wabak COVID-19 sehingga 9 September 2020, 579 orang kakitangan kesihatan dan perubatan KKM dari pelbagai kategori skim perkhidmatan telah dijangkiti COVID-19.

"Pun begitu khusus untuk negeri Sabah, bagi tempoh yang sama, 198 orang kakitangan KKM telah dijangkiti COVID-19 di mana dalam bulan Oktober sahaja telah mencatat jumlah paling tinggi setakat ini iaitu 85 orang, berbanding bulan September iaitu 66 orang," katanya.

Pihaknya akan sentiasa memastikan semua petugas kesihatan mematuhi segala protokol pengendalian kes dengan patuh bagi mengelak jangkitan berlaku dalam kalangan petugas kesihatan.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED