Translate

26 October 2020

Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra (1 Video)





Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Bakal Membincangkan Titah YDP Agong Semalam Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra
Astro Awani
26 Oktober 2020


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi, Isnin.

Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Turut kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kira-kira tujuh minit kemudian, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dilihat tiba.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai keputusan Baginda untuk tidak mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini kerana tidak wujud keperluan.

Jemputan untuk membincangkan keputusan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu itu dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat khas itu bermula.

Namun demikian, agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih belum diketahui setakat ini.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-pengerusikan-mesyuarat-khas-kabinet-di-perdana-putra-265307


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED