KPB: Hanya 10 peratus dibenar bekerja di pejabat, empat jam sehari - MITI
ASTRO AWANI
21 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Seramai 776,135 individu atau 25 peratus pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan diarahkan bekerja dari rumah (BDR) bermula esok (Khamis, 22 Okt).
Jumlah tersebut sebahagian daripada 3.1 juta pekerja di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menyatakan, MITI bersetuju membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat.
"Waktu bekerja di pejabat dihadkan selama empat jam bermula 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.
"Syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini, majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.
"Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Selasa, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bekerja di rumah mulai 22 Oktober.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan arahan ini berkuat kuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja di pejabat.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha untuk mempertingkatkan pelaksanaan BDR sebagai norma baharu, selari dengan kecanggihan teknologi terkini dan aplikasi dalam talian.
Jelasnya, MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP di kalangan pihak industri.