Translate

14 October 2020

Macau Scam: Datuk Seri, Dua polis Ditahan Reman 21 Hari Di Bawah POCA (2 Videos)

                               




Datuk Seri, 2 Anggota Polis Direman  

  Datuk Seri, dua polis ditahan reman 21 hari di bawah POCA
BERNAMA
14/10/2020 03:57 PM


KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes sindiket perjudian Macau Scam, hari ini ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret S. Mageswary selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berumur 34 hingga 39 tahun itu di bawah POCA selama 21 hari bermula hari ini.

Peguam Loi Yap Loong yang mewakili ketiga-tiga suspek ketika ditanya media berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kesalahan anak guamnya tetapi diberitahu mereka ditahan di bawah POCA.

Prosiding reman ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren bermula pukul 10 pagi dan selesai 11.30 pagi.

Isnin lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman yang dimohon oleh SPRM terhadap mereka setelah ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Beliau berkata mereka ditahan selepas dibebaskan SPRM.


BERNAMA
 

13 Oktober 2020

 CUCI DUIT HARAM | Polis Buru Datuk Seri Cabut Lari

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED