Translate

26 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

         




Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60

PKPP | 857 individu ditahan ingkar PKPP. Daripada jumlah berkenaan, 847 individu dikompaun dan 10 individu direman.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 9 November 2020

Ops Benteng: 51 pendatang tanpa izin ditahan, dua kenderaan darat dirampas semalam

Selepas dapat nasihat KKM kerana peningkatan kes COVID-19 di kalangan warga asing, kerajaan setuju laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Nilai, Negeri Sembilan bermula 28 Okt hingga 10 November 2020.

Semua SOP PKPB terpakai di Nilai, Negeri Sembilan

Kerajaan juga setuju laksanakan 'Perintah Berkurung' PKPD di dua kawasan di Putra Point Nilai. Ini kerana terdapat dua asrama pekerja yang dikesan menyumbang kes tinggi COVID-19 PKPD berkuatkuasa 28 Okt-10 Nov 2020

-----------------------------------------------------------------------------------



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 26 Okt 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

• 2,612 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,017 anggota telah membuat 42,961 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

• Sebanyak 3,298 pasar raya, 4,520 restoran, 1,132 kilang, 1,874 pasar awam/tani serta 2,852 tempat ibadah dan 1,215 tempat riadah telah diperiksa.

• PDRM telah menahan 857 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 847 individu telah dikompaun dan 10 direman.

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (196)
o Aktiviti di pusat hiburan (183)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (175)
o Penjarakan fizikal (172)
o Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53)
o Lain-lain (78)

2. Kawalan Sempadan Negara

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 51 PATI, serta merampas 2 kenderaan darat.

• Sebanyak 314 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:

o PDRM​– 240 SJR
o ATM ​– 65 SJR
o AKSEM​– 9 SJR

• Pada waktu ini, OPS Benteng lebih memfokuskan kepada pendekatan pengusiran terhadap PATI berbanding tangkapan.

3. Operasi Sanitasi Awam

• KPKT telah melakukan 10,769 operasi sanitasi merangkumi 136 zon.

• Semalam, sebanyak 18 operasi sanitasi meliputi 3 Zon Merah, 6 Zon Kuning dan 3 Zon Hijau di 9 buah negeri iaitu:

o Melaka (3 operasi)
o Pulau Pinang (2 operasi)
o Terengganu (2 operasi)
o Sabah (2 operasi)
o Sarawak (1 operasi),
o Negeri Sembilan (1 operasi)
o Perak (1 operasi)
o Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5 operasi)
o Labuan (1 operasi)

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 105 anggota JBPM serta 179 anggota PBT dan 6 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib

• Seramai 54,934 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• 8,836 individu sedang jalani kuarantin wajib di 65 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 45,717 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

5. Lanjutan PKPB di seluruh WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor

•Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.

6.Pelanjutan PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu serta Felda Umas, Kalabakan.

•Atas cadangan MKN Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu serta Felda Umas, Kalabakan, Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.

•Kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

7. PKPD Taman Mesra dan Taman Mawar

•Sidang khas bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan, Sabah bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020 merangkumi 5,100 unit rumah dan melibatkan seramai 22,500 orang penduduk.

•SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedai runcit dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

8. PKPB di Zon Nilai

•Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai berkuatkuasa 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.

SOP bagi PKPB ini adalah sama seperti PKPB yang diumumkan sebelum ini iaitu antaranya:

• Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
• Aktiviti sosial dan majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
• Aktiviti-aktiviti di masjid dan surau tidak dibenarkan, kecuali bagi laungan Azan dan solat lima waktu dengan jumlah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

9. PKPD di Putra Point Nilai

Sidang khas juga bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point Nilai berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.

Terdapat 2 lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di Putra Point Nilai yang dikesan iaitu :

• Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F
• Jalan BBN 1/2E.

SOP PKPB dan SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Layari laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED