Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
PKPP | 467 individu ditahan ingkar arahan. Daripada jumlah itu seramai 460 individu dikompaun dan enam direman dan seorang dijamin.
•Kerajaan sedang memberi lebih perhatian kepada negeri Sabah ekoran situasi semasa COVID-19 yang melibatkan peningkatan kes agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.
•Demografi Sabah yang luas serta jumlah penduduk yang ramai memerlukan kerajaan memberi fokus yang khusus kepada negeri ini.
•Semua tindakan-tindakan ini adalah usaha kita bagi menyekat penularan wabak COVID-19 sekaligus memastikan keselamatan rakyat.
•Begitu juga di Sarawak yang memiliki kawasan perairan yang panjang juga memerlukan kawalan pertahanan dan keselamatan yang tinggi daripada sebarang pencerobohan.
PKPP | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dalam mewujudkan kemudahan 'Makeshift Hospital' di dalam Fasiliti Penjara Pokok Sena.
Hospital 'makeshift' dijangka mula beroperasi pada 20 Oktober ini.
58 Pendatang asing tanpa izin (PATI), dua bot dan dua kenderaan ditahan dalam Operasi Benteng: Ismail Sabri
Individu yang ada keperluan seperti peniaga yang menaiki sebuah kereta lebih dari dua orang perlu dapat surat kebenaran perjalanan dari polis.
Ia bagi elak mereka dikompaun kerana melanggar SOP PKPB yang hanya membenarkan dua orang berada dalam sebuah kenderaan-Ismail Sabri