Translate

23 October 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 710, Total Cases- 24,514 | Active Cases- 8,416 | New Death- 10 Total Deaths- 214

            


Kenyataan Akhbar KPK 23 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 467 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 15, 884 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (246 kes);
  • Selangor (105 kes);
  • Kedah (74 kes);
  • Pulau Pinang (24 kes);
  • Melaka (7 kes);
  • Terengganu (4 kes).
  • Johor (4 kes);
  • Sarawak (1 kes);
  • Negeri Sembilan (1 kes); dan
  • Pahang (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes (74.4 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah. Mobilisasi petugas kesihatan telah membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik dan telah membantu usaha menjalankan ujian RT-PCR dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan pertambahan sebanyak 73 kes (10.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 73  kes baharu, 34 kes (46.6  peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 180 kes (25.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (140 kes), Kluster Penjara Reman (39 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 466 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 23 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 710 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 710 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara Nepal.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 528 kes
    • 203 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Samudera;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 156 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 62 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma dan Kluster Jaya;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Negeri Sembilan: 37 kes
    • 28 kes daripada kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jaya;
    • Dua (2) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Empat (4) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    •  Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1 ) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
20512154SabahLelaki (BWN)77Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, kanser pankreas dan dislipidemia
20614924SabahPerempuan (WN)69Hospital Duchess of Kent
20715274SabahLelaki (WN)54Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan dislipidemia
20815306SabahLelaki (BWN)66Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
20924267SabahPerempuan (WN)62Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, penyakit jantung dan obesiti.
21024330SabahLelaki (WN)63Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi dan strok
21124331SabahLelaki (WN)61Hospital TuaranPenyakit darah tinggi
21224332SabahLelaki (WN)33Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, LikasPenyakit buah pinggang
21318681KedahLelaki (WN)67Hospital Sultanah Bahiyah
21424507WP LabuanPerempuan (BWN)58Hospital LabuanPenyakit asma

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER SAMUDERA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu).

2) KLUSTER PALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:

  • 13 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
  • 88 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER JAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 39 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH52810,396
SELANGOR623,804
W.P. KUALA LUMPUR11 (1)2,920
KEDAH11,968
NEGERI SEMBILAN371,194
JOHOR4845
SARAWAK2772
PULAU PINANG39731
PERAK4449
PAHANG1392
MELAKA0305
W.P. LABUAN19217
KELANTAN0178
TERENGGANU2166
W.P. PUTRAJAYA0139
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN710 (1)24,514

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(23 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu1407221,461719 (0)30
2Penjara RemanPulau PinangTimur Laut394462,964254 (0)1911
3SofiNegeri SembilanSeremban276117361 (0)00
4SagukingWP LabuanLabuan147153370 (0)01
5Tujuh SerangkaiSabahTuaran132382,69682 (0)1551
6SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Papar, Miri, Daro133031530 (0)00
7HighwaySabahKota Belud113930039 (0)00
8TanameraSabahTawau6569936 (0)200
9BasungSabahKudat52658126 (0)00
10Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran  41,08916,521245 (0)8431
11AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya  48869788 (0)00
12MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah47747166 (0)110
13HentianSelangorHulu Langat45912858 (0)10
14InaiSabahKudat41510515 (0)00
15Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong,  Cheras, Temerloh, Muallim  31411,12465 (0)760
16Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai  35473235 (0)190
17KertangSabahKota Belud22330423 (0)00
18TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama  11,5877,556654 (4)9303
19UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa  120788291 (0)1160
20KasihSabahLahad Datu, Kota Kinabalu1661,86826 (0)400
21Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson1651,56343 (0)220
22BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan    14169040 (0)10
23Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru  13164528 (1)30
24CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur  Petaling, Tampin, Titiwangsa12719127 (1)00
25MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor12570219 (0)60
26BinaSabahBeaufort, Sipitang1258325 (0)00
27BaiduriSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai  1203304 (0)160
28TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1202434 (0)160
29MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang  Titiwangsa, Klang, Kepong, Kuantan11621815 (0)10
30Seri SetiaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa181654 (0)40
31Bina LabuanWP LabuanLabuan161225 (0)01

------------------------------------------------------------------------------------------------


Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,

23 Okt 2020 Kes sembuh=467 Jumlah kes sembuh=15,884 kes Kes baharu positif=710 (kes import=1, kes tempatan=709) Jumlah positif=24,514 kes Kes kematian=10 Jumlah kes kematian=214 kes Kes dirawat di ICU=90 kes Bantuan Alat Pernafasan=28 kes



PECAHAN KES BAHARU (710) SABAH-528 203 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Samudera (baharu) 169 dari saringan kontak rapat 156 lain-lain saringan SELANGOR-62 29 dari kluster-kluster sedia ada serta kluster Palma dan kluster Jaya (baharu) 18 dari saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 14 lain-lain saringan P.PINANG-39 39 dari kluster sedia ada N.SEMBILAN-37 28 dari kluster sedia ada dan kluster Jaya (baharu) 2 kes kontak rapat 7 lain-lain saringan

LABUAN-19 16 dari kluster-kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan KL-11 5 dari kluster-kluster sedia ada dan Kluster Palma (baharu) 2 saringan kontak rapat 3 lain-lain saringan 1 import dari Nepal PERAK-4 1 dari kluster sedia ada 3 lain-lain saringan

JOHOR-4 1 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan TERENGGANU-2 1 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan SARAWAK-2 2 lain-lain saringan KEDAH-1 1 kluster sedia ada PAHANG-1 1 kluster sedia ada


3 kluster baharu dilaporkan melibatkan 2 dari Selangor (Palma dan Jaya) dan 1 Sabah (Samudera). Daripada 709 kes baharu tempatan dilaporkan hari ini, 27 dikesan dari tiga kluster tersebut.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED