Translate

23 October 2020

Hishammuddin dilantik sebagai Bendahari Agung BN yang baharu - Zahid

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 

Hishammuddin dilantik sebagai Bendahari Agung BN yang baharu - Zahid
Astro Awani
23 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Satu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

"Dengan ini, saya telah melantik Yang Berhormat, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Bendahari Agung BN yang baharu.

"Yang Berhormat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO Malaysia," jelasnya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengadakan rundingan dengan Presiden-Presiden Parti komponen BN.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Add caption
                                   

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED