Translate

17 October 2020

Gangguan Air: Henti Tugas Separa LRA Sungai Selangor Fasa 1 Akibat Paip Bocor

Air Selangor Makluman Terkini

Gangguan air: Henti tugas separa LRA Sungai Selangor Fasa 1 akibat paip bocor
Astro Awani
17 Oktober 2020



KUALA LUMPUR: Pengguna di 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa.

Pemberhentian tugas itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran, jelas Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 8 pagi, 18 Oktober 2020," umum Air Selangor.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di loji beroperasi seperti biasa pada jam 2.00 petang, 18 Oktober 2020."

Air Selangor juga menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau laman sesawang kami www.airselangor.com."

Sila rujuk senarai berikut untuk memeriksa lokasi terlibat:


Air Selangor Siaran Media











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED