Translate

24 October 2020

Darurat Hanya Akan Burukkan Lagi Ekonomi - Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh Hamzah


Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi - Tengku Razaleigh
Astro Awani
24 Oktober 2020



KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pengisytiharan darurat akan memburukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gua Musang itu berpandangan tidak ada "alasan jujur" untuk kerajaan memohon pengisytiharan darurat itu.

“Sekiranya Perdana Menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan... sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF), saya boleh tegaskan ia boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk.

“Pelabur tempatan dan luar akan menghindari kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan musnah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tengku Razaleigh juga menjelaskan beliau ada alasan untuk percaya bahawa Perdana Menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Dakwanya, tindakan Muhyiddin yang enggan membenarkan pembentangan usul tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat membuktikan beliau tidak mempunyai majoriti.

“Inisiatif saya bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai untuk kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk mempertahankan prinsip sistem Parlimen kita,” katanya.

Tengku Razaleigh pada masa sama mendakwa jika benar Muhyiddin mahu darurat diisytiharkan, bermakna tindakan itu hanyalah untuk menyelamatkan jawatannya sebagai Perdana Menteri tanpa proses semak dan imbang.

Beliau pada masa memohon agar Seri Paduka Baginda tidak melayan permintaan yang tidak munasabah itu.

Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh mendedahkan surat tokoh itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED