Translate

25 October 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 823, Total Cases- 26,565 | Active Cases- 9,202 | New Death- 8 Total Deaths- 229


 

Kenyataan Akhbar KPK 25 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 579 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 17,134 kes (64.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (288 kes);
  • Selangor (93 kes);
  • Pulau Pinang (89 kes);
  • Kedah (81 kes);
  • Perak (15 kes);
  • WP Labuan (5 kes);
  • WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 kes);
  • Negeri Sembilan (2 kes);
  • Melaka (1 kes); dan
  • Sarawak (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, bilangan kes baharu di negeri Sabah adalah 533 kes (64.8 peratus) daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negeri Sabah semalam. Ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes baharu semalam, kepada 67 kes baharu pada hari ini.

Walau bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh negeri Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah. Buat masa ini kapasiti di sembilan (9) buah hospital KKM di Sabah adalah 1,219 katil (kadar penggunaan 59 peratus). Manakala, kapasiti di 25 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) adalah 4,505 katil (kadar penggunaan 35 peratus).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 99 kes (12 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 99 kes baharu, 44 kes (44.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 162 kes (19.7 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah daripada Kluster Seberang Perai, Kluster Penjara Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 469 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 25 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 823 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 26,565 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,202 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan kesemua 823 kes baharu pada hari ini adalah kes penularan COVID-19 dalam negara. Perincian kes bagi setiap negeri adalah seperti berikut:        

  • Sabah: 533 kes
    • 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul;
    • 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 97 kes 
    • 96 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Selangor: 88 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 26 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 22 kes
    • 13 kesdaripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih;
    • Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 16 kes
    • Tujuh kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes  daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar.
  • Perak: Enam (6) kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KedahSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • KelantanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 229 kes (0.86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital Latar Belakang
22212863SabahLelaki (WN)77Hospital Duchess of Kent
22315329SabahLelaki (WN)59Hospital Queen Elizabeth
22414023SabahPerempuan (WN)70Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis
22522032SabahLelaki (WN)58Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
22624224SabahLelaki (WN)34Hospital TawauObesiti dan sindrom apnea tidur obstruktif
22726273SabahPerempuan (WN)74Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan tibi paru-paru
22826274SabahLelaki (WN)68Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout
22926275SabahPerempuan (WN)80Hospital Duchess of Kent

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER TITIR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20232) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).

2) KLUSTER OMADAL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21073) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
  • 167 individu negatif.

3) KLUSTER BANDARAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18471) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
  • 29 kes dikesan negatif.

4) KLUSTER JAMBUL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14932) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:

  • 8 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 20 individu negatif; dan
  • 2 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAYAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5)  lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:

  • 6 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 60 individu negatif; dan
  • 150 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER MENTARI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
  • 10 kes dilaporkan negatif; dan
  • 66 individu masih menunggu keputusan.

7) KLUSTER JERNIH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24435 hingga kes ke-24438) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • 61 individu masih menunggu keputusan.

8) KLUSTER SELADAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching dan Serian, negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24448) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • Empat (4) individu dikesan negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan

9) KLUSTER MAKEKAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, daerah Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di negeri Terengganu serta daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23800) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
  • 106 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 16 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH53311,818
SELANGOR883,968
W.P. KUALA LUMPUR102,949
KEDAH12,045
NEGERI SEMBILAN221,312
JOHOR15867
SARAWAK16796
PULAU PINANG97851
PERAK6465
PAHANG0392
MELAKA0308
W.P. LABUAN26264
KELANTAN1179
TERENGGANU7173
W.P. PUTRAJAYA1140
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN82326,565

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(25 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan941982,895171 (2)270
2Penjara KepayanSabahKota Kinabalu671,2232,6791220 (0)30
3Ramai-RamaiSabahSandakan28241767114 (1)1270
4SagukingWP LabuanLabuan161061,735105 (0)01
5KempasJohorJohor Bahru, Kulai142221122 (0)00
6AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya10107880104 (0)30
7Tujuh SerangkaiSabahTuaran63733,112209 (0)1622
8SuratSabahSandakan64417417 (0)270
9MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang,  Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk62327621 (0)20
10Bina LabuanWP LabuanLabuan61317112 (0)01
11Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson5701,97442 (0)280
12Jalan BombaSabahSandakan53531630 (0)32
13MesraSabahSandakan52711620 (0)61
14MegahSabahSandakan5206712 (0)71
15SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya, Tanah Merah4791,12857 (0)220
16LongSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong42645926 (0)00
17UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa321788751 (0)1660
18HentianSelangorHulu Langat3651,48663 (0)20
19BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan35079443 (0)70
20BasungSabahKudat32964429 (0)00
21BakiSarawakKuching38968 (0)00
22TanameraSabahTawau25910138 (0)210
23KayaNegeri Sembilan, WP PutrajayaSeremban, Putrajaya2576357 (0)00
24MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor22771318 (0)90
25KolongSabahKeningau2122843 (0)90
26TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama11,6637,626614 (4)10463
27MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah1764778 (0)680
28KasihSabahLahad Datu, Kota Kinabalu1702,99821 (0)490
29TinusaSabahSandakan13458934 (0)00
30KeladiSelangorKlang13322613 (0)200
31AlmaPulau Pinang, PerakSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian12947828 (1)10
32BestariSabahSandakan1286111 (0)170
33BaiduriSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai1223315 (0)170
34SamuderaSabahSandakan1998 (0)10
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







COVID-19; 25 Okt 2020 Jumlah discaj baru: 579 Jumlah kumulatif:17134 (64.5%) Jumlah kes baru: 823 Jumlah kumulatif: 26565 Jumlah kes aktif: 9202 Kes tempatan: 823 kes Kes import: 0 kes Jumlah kematian:8 Jumlah kumulatif:229 (0.86%) Jumlah kes di ICU: 99 Pesakit intubated: 30



PECAHAN KES MENGIKUT NEGERI (823)

SABAH-533 160 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Titir, Omadal, Bandaran dan Jambul (baharu) 270 dari saringan kontak rapat 103 lain-lain saringan COVID-19

P.PINANG-97 96 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Bayan (baharu) 1 saringan kontak rapat SELANGOR-88 39 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Mentari (baharu) 28 saringan kontak rapat 21 lain-lain saringan COVID-19

LABUAN-26 22 dari kluster-kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK-16 7 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Seladah (baharu) 9 lain-lain saringan COVID-19 JOHOR-15 14 dari kluster sedia ada 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi KL-10 5 dari kluster-kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 4 lain-lain saringan COVID-19

TERENGGANU-7 7 dari kluster Makekar (baharu) PERAK-6 5 kluster-kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat KEDAH-1 1 dari kluster sedia ada KELANTAN-1 1 saringan kontak rapat PUTRAJAYA-1 1 dari kluster sedia ada N.SEMBILAN-22 13 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Jernih (baharu) 1 saringan kontak rapat 8 lain-lain saringan COVID-19




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 25 Oktober 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 164 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 88 kes baharu hari ini ( 88 tempatan, 0 luar negara) mengikut pecahan daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (5 KES)

Batu - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Baiduri) - 1 kes

Kuang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (kluster simera) - 2 kes

Setapak - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

DAERAH HULU LANGAT (18 KES)

Cheras - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kajang - 13 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes
Saringan Swasta - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Semenyih - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes

DAERAH HULU SELANGOR (2 KES)

Hulu Bernam - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Serendah - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

DAERAH KLANG (14 KES)

Kapar - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (kluster Merbok) - 2 kes

Klang - 11 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

DAERAH KUALA LANGAT (14 KES)

Morib - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Tanjung 12 (2) - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Menara) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster Auto) - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH PETALING (28 KES)

Bukit Raja - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Damansara - 5 kes lokal
Saringan Kontak (kluster simera) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pra-Kemasukan Hopsital - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes

Petaling - 9 kes lokal
saringan bergejala (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Sungai Buloh - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Komuniti (Kluster Utama) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)

Panjang Bedena - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

DAERAH SEPANG (5 KES)

Dengkil - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes

Labu - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

Sepang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes






Senarai kluster aktif termasuk 9 kluster baharu yang melaporkan kes baharu #COVID19 hari ini. 

Kluster Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kluster Penjara Kepayan, Sabah, mencatatkan kes baharu paling tinggi. 

Kedua-dua kluster ini terasing daripada orang ramai.






Berikut senarai 9 kluster baharu #COVID19 yang dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 116 kluster aktif. Rujuk infografik untuk maklumat terperinci 9 kluster baharu hari ini.



Lapan lagi kematian baharu dilaporkan hari ini dan semuanya di Sabah, sekaligus menjadikan kes kematian setakat ini 229 bersamaan 0.86%. Lima daripada lapan kematian hari ini mempunyai sejarah penyakit kronik. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED