Translate

02 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 2 Oktober 2020

 Kenyataan Akhbar KPK 2 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 81 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,095 kes (85.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 287 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 287 kes adalah kes penularan di dalam negara. Tiada kes import dilaporkan hari ini. Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 113 kes
    • 52 kes saringan bergejala;
    • 35 kes daripada Kluster Benteng LD;
    • 15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
    • Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital;
    • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Laut;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan;
    • Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; dan
    • Satu (1) kes saringan komuniti di Lahad Datu.
  • Kedah: 129 kes 
    • 128 kes daripada Kluster Tembok; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11471.
  • Selangor: 31 kes
    • 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
    • Satu (1) kes saringan tahanan;
    • Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
  • Perak: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Tembok.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Kelantan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.
  • Wilayah Persekutuan Kuala LumpurSatu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
  • Johor: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11200.
  • Wilayah Persekutuan LabuanSatu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Sehingga kini, terdapat 22 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes (1.16 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU DI SELANGOR

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti di Selangor pada hari ini iaitu:

1) KLUSTER SERI SETIA, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Seri Setia, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10927) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 36 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 16 hingga 20 September 2020. Beliau bergejala sejak 21 September 2020 dan saringan COVID-19 dikesan positif pada 27 September 2020. Kes kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Seri Setia dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 2 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19;
  • 14 individu dikesan negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER SERI ANGGERIK, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Selangor, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10776) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dari 9 hingga 18 September 2020. Beliau mula bergejala sejak 25 September 2020 dan telah disaring. Setelah dikesan positif pada 26 September 2020, beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 14 lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Seri Anggerik dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 2 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 67 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 14 dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu dikesan negatif; dan
  • 38 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

PENINGKATAN KES HARIAN COVID-19 DI MALAYSIA ADALAH SELARI DENGAN TREN PENINGKATAN KES DUNIA

Seperti diumumkan, hari ini negara mencatatkan sejumlah 287 kes baharu positif COVID-19, iaitu jumlah kes harian yang tertinggi pernah dicatatkan sejak permulaan pandemik ini. Tren peningkatan inilah yang KKM khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana ia sememangnya selari dengan tren peningkatan jumlah kes dan kematian COVID-19 yang dilihat di seluruh dunia. Kes COVID-19 di dalam dunia pada masa kini telah mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes.

Daripada 287 kes baharu yang dicatatkan di Malaysia pada hari ini, 128 adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan sebuah penjara di Kedah. Daripada baki 159 kes pula, 113 kes telah dikesan di negeri Sabah terutama daripada kluster-kluster sedia ada dan empat daerah yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB). Diharapkan tindakan menjalankan PKPDB, pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020, dan segala aktiviti-aktiviti kawalan di lapangan akan membantu mengawal dan mengurangkan jumlah kes di negeri Sabah.

Terdapat juga 20 kes baharu yang dicatatkan hari ini di mana mereka merupakan pengunjung dengan sejarah perjalanan ke negeri Sabah. Ini susulan aktiviti saringan kepada semua pengunjung yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020. Mereka yang didapati negatif setelah menjalani ujian COVID-19 dinasihatkan patuh kuarantin untuk tempoh 14 hari.

Meskipun sememangnya telah bersiapsiaga, kesemua Jabatan-jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah seluruh negara telah diberi peringatan untuk menghadapi sebarang kebarangkalian kenaikan kes mendadak di lokaliti mereka dan melipat gandakan usaha untuk mengesan, menguji, mengasingkan dan kemudiannya merawat sebarang kes COVID-19. Seperti yang dilaksanakan sebelum ini, KKM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Namun begitu, KKM dan agensi-agensi pihak berwajib tidak mampu melawan COVID-19 sendirian. Malahan, tanggungjawab lebih besar adalah terletak pada bahu setiap individu dalam masyarakat, tidak kira pangkat, latar belakang dan status. Elakkan daripada salah menyalahi antara satu sama lain. Tanggungjawab sosial ini perlu dipikul bersama agar kita dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19 di dalam negara kita. Kita telah harunginya bersama sebelum ini dengan menjaga diri kita, keluarga kita, komuniti kita dan negara kita.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR12,687
SELANGOR312,315
SABAH1132,108
NEGERI SEMBILAN21,051
JOHOR1773
SARAWAK0713
KEDAH129594
PAHANG1381
PERAK3274
MELAKA0267
KELANTAN2166
PULAU PINANG0145
TERENGGANU3125
W.P. PUTRAJAYA0105
PERLIS038
W.P. LABUAN129
JUMLAH KESELURUHAN287 (0)11,771

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED