Translate

18 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 18 Oktober 2020

Kes Positif Mengikut Negeri

Kenyataan Akhbar KPK 18 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Sukacita Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 701 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,262 kes (64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Kedah (411 kes);
  • Sabah (221 kes);
  • Selangor (64 kes);
  • Negeri Sembilan (2 kes);
  • Johor (2 kes); dan
  • Sarawak (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 871 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus). Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermulanya pandemik, sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 871 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • India (2 kes di Selangor);
  • Nepal (2 kes di Selangor); dan
  • Singapura (1 kes di Selangor).

Daripada 866 kes penularan di dalam negara, dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 443 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 702 kes
    • 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Kepayan;
    • 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 572 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 72 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Auto;
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 45 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alma;
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan;
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Sembilan (9) kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lima (5) kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesNegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
18113525SabahLelaki WN61Hospital Queen Elizabeth
18212984SabahPerempuan WN70Hospital TawauPenyakit darah tinggi
18313706SabahLelaki WN57Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi
18420328SabahPerempuan BWN55Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi
18520329SabahLelaki BWN41Hospital Tawau
18617779SabahLelaki WN44Hospital Duchess of KentPenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia
18720401SelangorPerempuan WN46Pusat Perubatan

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1)KLUSTER BAH LAYANGAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana:

  • 13 kes dikesan positif COVID-19;
  • 67 individu negatif; dan
  • 62 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER ALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
  • 43 individu negatif; dan
  • 133 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER AUTO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana:

  • 49 kes dikesan positif COVID-19;
  • 121 individu negatif; dan
  • Tiada individu menunggu keputusan.

SITUASI SEMASA COVID-19 DI SABAH

Pada 18 Oktober 2020, kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 7,439 kes (iaitu sebanyak 36.3 peratus daripada kumulatif kes di Malaysia). Hari ini, Sabah melaporkan kes yang tertinggi iaitu sebanyak 702 kes (80.6 peratus daripada jumlah kes hari ini). Lonjakan jumlah kes yang tinggi ini adalah berikutan pelaporan sampel dari Sabah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dalam jumlah yang besar.

Sejak bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia, Kerajaan telah menjalankan ujian pengesanan COVID-19 ke atas 251,030 individu di Sabah. Ini susulan daripada pengesanan kes secara aktif yang dijalankan oleh kesihatan awam sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah. Sehingga hari ini, kadar positiviti COVID-19 negeri Sabah adalah sebanyak 2.96 peratus.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH7027,439
SELANGOR77 (5)3,250
W.P. KUALA LUMPUR72,846
KEDAH91,937
NEGERI SEMBILAN31,100
JOHOR1837
SARAWAK5768
PULAU PINANG45636
PERAK10397
PAHANG0387
MELAKA1283
KELANTAN0173
TERENGGANU2162
W.P. PUTRAJAYA0125
W.P. LABUAN9120
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN871 (5)20,498

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini (18 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu494917049 (0)0140
2Tujuh SerangkaiSabahTuaran251492,655123 (0)2551
3Penjara RemanPulau PinangTimur Laut223993,902398 (0)0261
4Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan187274472 (2)0100
5Ramai-RamaiSabahSandakan17182702156 (1)26170
6TanameraSabahTawau13448435 (0)980
7TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani,Kubang Pasu, Larut  Matang & Selama81,5717,0931084 (6)486971
8Jalan BombaSabahSandakan81429810 (0)232
9KasihSabahLahad Datu7531,86322 (0)3130
10UtamaSelangor, MelakaGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah6183846182 (0)11500
11Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, PahangHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong,  Cheras, Temerloh61241,06664 (0)6010
12MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah63927839 (0)000
13BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, JohorKuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat61621216 (0)000
14SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, JohorBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru54667244 (0)220
15Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai54271535 (0)700
16AutoSelangor, Negeri SembilanPetaling, Klang, Kuala Langat, Seremban5999 (0)000
17Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran41,05016,488239 (0)8104091
18Bah ManggisSabah, SelangorTawau, Kuala Langat44058038 (0)210
19  Bah ArnabSarawak  Kuching  4    12  40  11 (0)  10  0
20LekirPerakManjung41117411 (0)000  
21SagukingWP LabuanLabuan493169 (0)030
22BestariSabahSandakan32658  16 (0)10    00
23AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan371837 (0)000
24Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat26042947 (0)13430
25Sungei WaySelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras23830835 (0)300
26Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru21949517 (0)220
27TeduhSabahLahad Datu21353512 (0)120
28MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor21261312 (0)000
29KeladiSelangorKlang12719127 (0)0220
30BinaSabahBeaufort, Sipitang1248024 (0)090
31KhazanahSabahLahad Datu1191,43919 (0)010
32Buang SayangSabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanSipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban, Rembau1134124 (0)900
33Bah LayanganWP Labuan, Negeri SembilanLabuan, Rembau11314213 (1)000
34SentralWP Kuala LumpurKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai162165 (0)011

*BWN = Bukan Warganegara

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED