Translate

06 October 2020

Bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Ditahan Disyaki Menerima Rasuah Bagi Tender Membekal Baja Bernilai RM118 Juta (1 Video)





Ex-ministry senior asst secretary nabbed for alleged bribery  

  Bekas KPSU ditahan disyaki rasuah tender
Astro Awani
6 Oktober 2020


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) salah sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah bagi satu tender kerajaan.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun yang kini menjawat jawatan Pengarah di sebuah Pusat Latihan ditahan semalam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Beliau disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal yang memasuki tender membekalkan baja di kementerian terbabit.

Difahamkan tender tersebut telah diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(A)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tambah sumber, suspek telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan diluluskan

permohonan reman selama 7 hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.


Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED