Translate

23 October 2020

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Dalam Kotak (2 Videos)

 Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak 


                                   


 

Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam kotak di Kuala Kangsar
BERNAMA
23/10/2020 


KUALA KANGSAR, 23 Okt -- Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah gerai makanan berhadapan Maybank Kuala Kangsar di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang peniaga makanan pada kira-kira 9 pagi semasa hendak memulakan perniagaannya.

"Semasa hendak memulakan perniagaan, lelaki itu terdengar bunyi tangisan bayi dan selepas itu menemukan satu kotak yang di dalamnya terdapat seorang bayi lelaki," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata siasatan mendapati bayi itu dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam sebelum dibuang dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang dilahirkan.


-- BERNAMA



Source: Buletin INFO 1 Malaysia/Global

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED