Translate

21 October 2020

Bakal Pengantin Maut Ketika 'Sedut Lemak' Di Cheras


Bakal pengantin maut ketika 'sedut lemak' di Cheras
Astro Awani
21 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Seorang model maut ketika menjalani prosedur liposuction di pusat kecantikan tidak berlesen di Kuala Lumpur.

Polis telah menahan pemilik pusat kecantikan yang terletak di Cheras, itu dan sedang menyiasat kematian Coco Siew Zhi Shing, 23.

Saudara Siew, Xiao Mingan memberitahu Sin Chew Daily, wanita itu menjalani prosedur berkenaan sebagai persiapan menjelang majlis perkahwinannya.

Dia menemui pusat kecantikan itu yang diiklankan di internet dan membayar RM2,500 untuk menjalani prosedur yang biasa dipanggil sebagai prosedur sedut lemak itu.

Siew dilaporkan mengunjungi pusat kecantikan untuk pertama kali Sabtu lalu, ditemani oleh seorang rakan sebelum diberi suntikan anestesia sejurus tiba.

Namun setengah jam selepas menerima suntikan, Siew mula merasa tidak sihat dan tidak lama selepeas itu, degupan jantungnya terhenti.

Dia dikejarkan ke hospital tetapi usaha untuk menyelamatkannya gagal dan dia disahkan meninggal dunia pukul 5 petang.

Pemilik salon kecantikan itu tidak hadir semasa prosedur dan hanya muncul di hospital selepas pukul 8 malam, kata ahli keluarga, lapor Straits Times.

"Setelah disoal siasat, petugas memberitahu mereka tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur perubatan seperti itu, sebaliknya, hanya didaftarkan untuk rawatan kecantikan biasa," kata Xiao kepada Sin Chew Daily.

Xiao juga memaklumkan Siew menjalani gaya hidup sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Dua pemilik pusat kecantikan itu, seorang wanita dan anak perempuannya telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami sedang mengenal pasti punca kematian," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin pada sidang media di ibu pejabat polis Sentul pada Isnin.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED