Translate

15 October 2020

Video Viral : Anggota Bomba Ditumbuk Ketika Jalankan Tugas. (2 Videos)

Anggota Bomba ditumbuk ketika jalankan tugas.




Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika padam kebakaran. 
Source:Buletin INFO 1 Malaysia/Global

Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika padam kebakaran
Astro Awani
15 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak agresif terhadap anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku pada 10.40 pagi ketika bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan dan suspek datang mengaku sebagai pemilik kereta.

"Suspek meluru ke kawasan kejadian dan mahu menghampiri keretanya namun pegawai bomba yang bertugas memberikan arahan supaya suspek bertenang dan memberikan kerjasama.

"Namun suspek kemudian menjadi agresif dengan meluru ke arah seorang anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota tersebut sebelum ditahan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 30an dan bekerja sebagai pengurus acara di Kuala Lumpur.

"Saringan awal suspek positif dadah.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada Jumaat untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


.15 Oktober 2020

Video kejadian tular selepas kereta dipandu suspek didakwa merempuh beberapa kenderaan lain di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor jam 10.40 pagi tadi.

Pegawai bomba yang bertugas ketika itu telah memberikan arahan supaya lelaki itu bertenang dan memberikan kerjasama pada pihak bomba, namun dia menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota bomba tersebut.

Kejadian tumbuk berlaku ketika anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan suspek telah datang dan mengaku sebagai pemilik kereta. Suspek meluru ke kawasan tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya.

Anggota Bomba ditumbuk ketika jalankan tugas. Polis sahkan suspek seorang Pengurus Acara yang bertindak afresif itu positif dadah hasil saringan awal air kencing. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman untuk siasatan lanjut.


 



 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED