Translate

01 October 2020

ADUN Melaka Positif COVID-19, Semua Program Rasmi Ditangguh (1 Video)





Adun Ayer Limau sah positif, proses nyah cemar Kompleks Seri Negeri
ADUN Melaka positif COVID-19, semua program rasmi ditangguh
Astro Awani
1 Oktober 2020


AYER KEROH: Kerajaan Negeri Melaka menangguhkan semua program rasmi membabitkan pemimpin-pemimpin kanan negeri, selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu disahkan positif COVID-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan pejabat Ketua Menteri, arahan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Berikutan terdapat kes positif wabak COVID-19 di Melaka baru- baru ini, segala program yang melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan Exco ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta.

“Selain itu, perjumpaan yang melibatkan Ketua Menteri di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri juga ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Orang ramai yang ingin berurusan di pejabat-pejabat kerajaan lain di seluruh negeri Melaka, mereka mesti mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, menyentuh soal gambar yang tular berkaitan proses disinfeksi yang dilakukan di pejabat pentadbiran di Kompleks Seri Negeri adalah proses berkala yang sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai di seluruh negeri Melaka dinasihatkan tidak panik dengan laporan-laporan yang ditularkan di media sosial, sebaliknya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Terdahulu, Adun Ayer Limau Datuk Amiruddin Yusof mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.

Susulan kes positif itu, Kompleks Seri Negeri pada Khamis ditutup bagi proses nyah cemar.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED