Translate

16 October 2020

ADUN Kunak Norazlinah Arif Mengesahkan Positif COVID-19

ADUN Kunak Norazlinah Arif


ADUN Kunak positif COVID-19
BERNAMA
15/10/2020 09:31 PM


KUNAK, 15 Okt -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.

"Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED