Empat lelaki didakwa halang tugas polis |
Empat lelaki didakwa halang tugas polis
Harian Metro
20 Oktober 2020
Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam berdekatan Plaza Tol Slim River pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh, P Panneerselvam, 32; S Vijandran, 41; A Sivakumar, 28, dan R Durai Raaj, 25, kerana mereka tidak memahami Bahasa Melayu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam, Koperal Muhd Syahrul Azuwan Ab Manaf daripada menjalankan tugasnya sebagai anggota polis apabila tidak memberi kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar dan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diminta.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan berdekatan Plaza Tol Slim River pada 3.40 pagi 16 Oktober lalu.
Source: Harian Metro YouTube
Ganggu tugas polis | 4 lelaki Mabuk di tahan.