Translate

07 April 2025

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidaktentuan pasaran berterusan



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidaktentuan pasaran berterusan

Bernama

07/04/2025


Pada 8.09 pagi, ringgit susut kepada 4.4485/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Pada 8.09 pagi, ringgit susut kepada 4.4485/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang dijangka terus tidak menentu dengan sentimen lemah susulan pengumuman tarif oleh pentadbiran Trump minggu lepas.

Katanya S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq, masing-masing merosot 4.57 peratus dan 5.33 peratus pada Jumaat lepas, menunjukkan pelabur kurang keyakinan terhadap aset yang mempunyai risiko.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS dijangka terus mendominasi dagangan.

"Pasaran mata wang berhati-hati terhadap risiko kemelesetan yang berkaitan di AS berikutan tarif akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan akan menyebabkan penurunan yang ketara dalam permintaan di AS," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS kekal tenang.

Beliau berkata niaga hadapan kadar faedah AS menunjukkan kebarangkalian lebih 100 peratus penurunan Kadar Dana Fed pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada Jun dan Julai.

Kadar penanda aras boleh mencecah 3.50 peratus daripada paras semasa 4.25 peratus hingga 4.50 peratus, menunjukkan penurunan 100 mata asas.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0582/0779 daripada 3.0294/0340 dan rendah berbanding euro kepada 4.8773/9080 daripada 4.8706/8778, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.7399/7760 daripada 5.7591/7676 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8376/9274 daripada 12.9589/9847 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3035/3248 daripada 3.3153/3204 sebelum ini.

Ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 267.1/268.9 daripada 266.2/266.7 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.82/7.88 daripada 7.80/7.782.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 13 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 27 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 50 mins ago
A visitor from New york viewed 'INSIGHT - How a key ingredient in Coca-Cola, M&M's' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Richmond upon thames viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 5 hrs 10 mins ago