Translate

03 April 2025

Polis rakam keterangaan pemilik anjing Rottweiler



Polis rakam keterangaan pemilik anjing Rottweiler

Bernama

02/04/2025


Azmi berkata kelima-lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital. - Gambar Facebook Polis Daerah Baling Kedah


BALING: Polis mengambil keterangan pemilik dua ekor anjing Rottweiler yang didakwa menyerang penduduk di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Azmi Mokhtar berkata lelaki berusia 69 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil pada malam tadi kerana mempunyai masalah jantung serta gangguan kegelisahan.

"Selain pemilik anjing berkenaan, polis juga mengambil keterangan kelima-lima mangsa... Tiada tangkapan dan pemiliknya bersedia memberi kerjasama pada bila-bila masa.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian melepaskan anjing di tempat awam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kelima-lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

"Mangsa pertama perempuan berusia 66 tahun, kedua lelaki (74 tahun) dan keempat perempuan (50 tahun), masing-masing dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

"... manakala mangsa ketiga lelaki (51 tahun) serta mangsa kelima seorang lelaki warga Arab Saudi yang menuntut di sebuah universiti dekat sini (28 tahun) pula dirawat di Hospital Pantai," katanya.

Beliau berkata akibat serangan anjing berkenaan, mangsa pertama mengalami kecederaan pada kepala, tangan dan paha, manakala mangsa kedua cedera pada kaki, tangan dan bahu.

"Mangsa ketiga cedera pada kaki dan tangan, mangsa keempat cedera pada kaki dan mangsa kelima cedera di bahu... Kesemuanya dalam keadaan stabil.

"Kami akan segera melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua ekor anjing dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan beberapa individu sedang dirawat dan dibawa menaiki ambulans selepas mengalami kecederaan akibat diserang dan digigit dua anjing berwarna hitam yang dipercayai terlepas daripada sangkar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Two MoUs strengthen Malaysia-China cooperation in ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal Score Historic Win Over Real Madrid as Int' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 20 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 21 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today receiv' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 36 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 40 mins ago