Translate

07 April 2025

Penyelia tapak didakwa tipu dalam urusan jual beli tanah RM2 juta



Penyelia tapak didakwa tipu dalam urusan jual beli tanah RM2 juta

Bernama

07/04/2025


Law Tuan Hai dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Bernama


MELAKA: Seorang penyelia tapak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan memperdayakan dalam urusan jual beli tanah membabitkan nilai RM2 juta, dua tahun lepas.

Law Tuan Hai, 62, didakwa memperdayakan Chong Kah Khen, 54, dengan mendakwa bahawa dia adalah pemilik berdaftar bagi sebidang tanah dalam urusan jual beli tanah tersebut, yang melibatkan Leong Chong Kuam, 38, Leong Chong Seng, 46, dan Wong Kim Lan, 78. Tindakan itu mendorong mereka untuk membuat bayaran berjumlah RM2 juta ke akaun bank yang didaftarkan atas namanya.

Law dituduh melakukan kesalahan tersebut di Tetuan Chong Kah Khen & Harris di Taman Malim Jaya di sini pada Oktober 2023, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap tertuduh memandangkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh ketiga-tiga mangsa adalah tinggi.

Peguam, Low Huey Theng yang mewakili tertuduh, memohon agar jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM5,000 sebulan, serta bertanggungjawab menjaga ibu berusia 93 tahun, seorang isteri, dan dua anak, selain mengalami masalah buah pinggang.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan Law diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat lain iaitu tidak mendekati mangsa dan saksi selain melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND "NEARLY" COME BACK FROM THE' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BARA NAGA | Co' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs ago