Translate

14 April 2025

MDA terima 48 aduan berkaitan kesalahan jual kanta lekap dalam talian



MDA terima 48 aduan berkaitan kesalahan jual kanta lekap dalam talian

Bernama

14/04/2025


Semua peranti perubatan termasuk alat optik dan kanta lekap dikawal di bawah Akta Peranti Perubatan (Akta 737). - Gambar hiasan/ Reuters


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) menerima 48 aduan membabitkan kesalahan menjual, mengiklankan dan memasarkan penjualan alat optik dan kanta lekap tanpa lesen sah sejak penguatkuasaan larangan penjualan alat peranti itu secara dalam talian pada Mac lepas.

Ketua Eksekutif MDA Dr P. Muralitharan berkata berdasarkan aduan itu, pihaknya telah melakukan tindakan risikan dan serbuan terhadap premis yang didapati melakukan kesalahan terbabit.

Beliau berkata semua peranti perubatan termasuk alat optik dan kanta lekap dikawal di bawah Akta Peranti Perubatan (Akta 737) yang menetapkan ia perlu didaftar dan melalui proses penilaian daripada MDA dan Majlis Optik Malaysia bagi menentusahkan keselamatannya.

"Sepatutnya peranti perubatan seperti kanta lekap, cermin mata atau alat optik hanya boleh dibeli di kedai cermin mata dengan perlu ada seorang optometris yang boleh memberikan preskripsi.

"Untuk pengiklanannya juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa peranti perubatan, jika tidak boleh dijual secara dalam talian, maka tidak boleh diiklankan juga," katanya ketika ditemui di Wisma Bernama di sini hari ini.

Dr Muralitharan berkata lambakan alat optik dan kanta lekap yang dijual secara dalam talian bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan pada kornea malah berisiko mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

"Pengguna berisiko terkena edema kornea ataupun kornea membengkak, mata membengkak, kornea terkoyak dan boleh juga menjurus kepada kehilangan penglihatan.

"Jadi, mereka yang menjual (kanta lekap dalam talian) boleh diambil tindakan oleh MDA serta berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda RM200,000 untuk setiap kesalahan," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti penjualan alat optik dan kanta lekap secara dalam talian boleh membuat aduan ke Sistem Pengurusan Maklum Balas MDA (FEMES) di https://femes.mda.gov.my/ atau melalui e-mel ke mdb@mda.gov.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 29 mins ago
A visitor from Edison viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 30 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 35 mins ago
A visitor from Puchong new village viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 40 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 3 mins ago