Translate

14 April 2025

JKM kesan waris 18 kanak-kanak dipercayai mangsa penderaan di Rainbow Home



JKM kesan waris 18 kanak-kanak dipercayai mangsa penderaan di Rainbow Home

Bernama

14/04/2025


JKM sedang mengesan waris kepada 18 kanak-kanak yang diselamatkan daripada Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi (Rainbow Home) Cheras. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada 18 kanak-kanak yang diselamatkan daripada Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi (Rainbow Home) Cheras.

KPWKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tindakan itu diambil susulan pengeluaran Notis Penutupan Sementara ke atas pusat jagaan berkenaan di bawah Seksyen 15, Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).

Menurut kenyataan itu, kesemua kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa penderaan telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang dan telah dirujuk kepada pegawai psikologi atau kaunselor untuk penilaian awal tahap psikologi mereka.

"Buat sementara waktu, kanak-kanak tersebut telah ditempatkan di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak yang lain.

"Waris kepada kanak-kanak yang diselamatkan diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-8739 5070 atau hadir ke pejabat di Lot 2-58, Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor," menurut kenyataan itu.

KPWKM juga memaklumkan bahawa suatu perintah interim di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 telah dimohon di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK), dan laporan sosial serta laporan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak tersebut akan dibentangkan di mahkamah.

"Kementerian, dengan semangat Ihsan Kerajaan MADANI sentiasa prihatin dan akan memastikan kebajikan kanak-kanak ini terpelihara," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri warga emas yang juga pemilik serta penjaga sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras ditahan kerana disyaki mendera penghuni premis itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'FINAS advises film industry to penetrate Asian mar' 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 41 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Ahmad Zahid adakan lawatan rasmi tiga hari di Indo' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Another Deputy Minister loses | BEST' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Race Highlights - Formula 1 Saudi Arabian Grand Pr' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Race Highlights - Formula 1 Saudi Arabian Grand Pr' 1 hr 52 mins ago