Translate

14 April 2025

PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN



PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN

Bernama

14/04/2025


Ahmad Munzirie (tengah) mewakili Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis di IPD Tapah pada Isnin terhadap calon PN berhubung isu tipu tauliah. - Gambar/ Sinar Harian


TAPAH: Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan penipuan dalam permohonan tauliah mengajar agama oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Abd Muhaimin Malek.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Ahmad Munzirie mendakwa Abd Muhaimin memperoleh tauliah mengajar agama daripada Jabatan Mufti Negeri Perak meskipun memegang jawatan politik, yang disifatkannya bercanggah dengan garis panduan sedia ada.

Beliau berkata kemungkinan berlaku pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, seperti Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 468 kerana pemalsuan dokumen.

"Calon terbabit dipercayai memperoleh tauliah walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding pada pilihan raya. Ini bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam negeri," katanya.

Justeru, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tanpa kompromi bagi menjunjung keluhuran undang-undang serta institusi diraja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perisa' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kelantan tidak pernah lulus lesen jual vape - Exco' 22 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Pembantu dapur bunuh kawan baik terlepas tali gant' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar bah' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di ' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 51 mins ago