Translate

31 March 2025

Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan negara



Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan negara

Bernama

31/03/2025


Razarudin (foto) merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan, sambil menegaskan bahawa sumbangan mereka tidak akan dilupakan. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghargai komitmen dan dedikasi anggota polis yang bertugas semasa Aidilfitri untuk memastikan keselamatan negara.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan.

Razarudin mendoakan kesihatan dan keselamatan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota polis terutamanya yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara amatlah dihargai dan dikagumi.

"Saya amat memahami bahawa tugas ini bukanlah mudah. Ketika rakyat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga, anda tetap menjalankan amanah memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan, sambil menegaskan bahawa sumbangan mereka tidak akan dilupakan.

"Anda adalah barisan hadapan yang menjadi benteng kepada keselamatan dan keamanan tanah air. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anda dalam menjalankan tugas dan memberikan kekuatan serta ketabahan.

"Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka," katanya.

Beliau turut mendoakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah serta berharap Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan walaupun dalam keterbatasan tugas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 22 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 6 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 7 hrs 47 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 49 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 57 mins ago