Translate

31 March 2025

Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - Kementerian Komunikasi



Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - Kementerian Komunikasi

Bernama

31/03/2025


Kementerian Komunikasi sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara KL yang dibuat menurut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani oleh kerajaan. - Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan RFP ialah suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP)) selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

"Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah melaksanakan proses RFP dan seterusnya Jemaah Menteri telah memperakukan pembida berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.

"Pembida berjaya ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada 29 Mei 2024," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Komunikasi sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara KL yang dibuat menurut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani oleh kerajaan.

Selain itu, ia menyatakan kementerian mengambil maklum akan writ saman dan permohonan injunksi yang telah difailkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu ini.

"Oleh itu, pihak kerajaan melalui kementerian ini akan memastikan bahawa apa-apa tindakan yang akan diambil kelak adalah selaras dengan proses undang-undang.

"Sehubungan itu, pihak kementerian memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangan ini berjalan dengan lancar," katanya.

Pada masa sama, semua pihak terlibat termasuk orang ramai dinasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

"Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang baik dan akan memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 6 hrs 4 mins ago