Translate

25 March 2025

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai hampir RM1 juta di Pulau Pinang



Kastam rampas mercun, bunga api bernilai hampir RM1 juta di Pulau Pinang

Bernama

25/03/2025


Rohaizad (tiga, kiri) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis mercun yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama


BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan mercun dan bunga api tanpa permit bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan terhadap sebuah gudang di kawasan perindustrian Nagasari, Perai, di sini pada 11 dan 12 Mac lepas.

Pengarah JKDM Negeri Rohaizad Ali berkata serbuan yang dilakukan sepasukan anggota dari Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan itu menemukan tujuh kontena mengandungi 1,332 karton atau 28,780 kilogram (kg) mercun dan bunga api pelbagai jenama tanpa permit.

Beliau berkata mercun dan bunga api itu dipercayai stok bekalan sempena Aidilfitri dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi penyimpanan.

"Mercun dan bunga api tersebut didapati tidak mematuhi spesifikasi dan garis panduan ditetapkan dalam permit import (AP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kesemua bunga api dan mercun ini bernilai RM360,767.50 melibatkan duti RM599,189.63 dan tindakan telah diambil dengan menyita barang kes itu untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini hari ini.




Rohaizad berkata seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an yang berada di lokasi ketika serbuan turut ditahan namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan serta kaitannya dengan sindiket itu.

Beliau memaklumkan mercun dan bunga api merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import di bawah Butiran 46, Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kastam 1967, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 54 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 32 mins ago