Translate

21 March 2025

“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin



“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin

Bernama

21/03/2025


Mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan AS. - Foto FB Mohamad Sabu


KUALA LUMPUR: Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac ini bagi menyatakan bantahan atas serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lepas.

Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac bagi membantah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak peserta berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Serangan udara Israel sejak Selasa telah menyebabkan hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 112,000 cedera, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

"Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!

"Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan saudara sesama Islam kita di Palestin terus ditindas," kata beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan di laman Facebook.



Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada Selasa, menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala lebih 112,000 yang lain cedera dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 Apri' 20 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 21 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 37 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 1 hr 27 mins ago