Translate

16 June 2024

YDP Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda



Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda

Bernama

16/06/2024

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. - FB Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Bapa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Bah sayang anak-anak Bah. Terima kasih anak-anak Bah semua di atas ucapan dan kiriman bunga sempena Hari Bapa," titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED