Translate

06 June 2024

Peratusan pemulihan bekalan air - 12% @ 6am, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset telah siap dilaksanakan

 Sehingga jam 6:00 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 12.7%. 


Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di lampiran.


Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. 


Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.


Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED