Translate

24 August 2023

Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang



Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang

Bernama

Ogos 24, 2023 19:56 MYT
Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas "Styrene Monomer" pada kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah. - Gambar fail

Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang

Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas "Styrene Monomer" pada kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: Hasil pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kejadian kebocoran gas jenis "Styrene Monomer" di sebuah kilang di Pasir Gudang, di sini, berpunca daripada tangki yang menyimpan bahan kimia itu pecah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor Penguasa Kanan Bomba I Azmi Ab Rahim bagaimana menjelaskan kebocoran gas yang itu berjaya ditutup selepas busa dimasukkan ke dalam tangki berkenaan dan operasi berjaya dikawal pada 9 malam tadi.

Beliau berkata operasi melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin itu, turut dibantu Hazmat Negeri Sembilan dan Melaka serta pihak polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


"Sebuah tangki pecah hingga melepaskan gas (jenis) 'Styrene', namun pasukan keluaran operasi (PKO) bersama Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang terbabit berjaya mengawal semula suhu dalam tangki dengan kaedah penyejukan.

"PKO bersama Hazmat dan bantuan ERT kilang juga berjaya memasang dan memasukkan busa ke dalam tangki, sekali gus gas yang dilepaskan itu berjaya ditutup dengan menggunakan busa," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kawasan di sekeliling kilang berkenaan juga didapati selamat dan lokaliti kebocoran hanya berada di kawasan tangki.

Sehubungan itu, katanya pihak bomba menamatkan operasi berkenaan pada 10 pagi tadi.

Azmi berkata JAS Johor turut menempatkan alat pengawasan kualiti udara di kawasan persekitaran penduduk berhampiran dan bacaan kualiti udara adalah normal setakat 12 tengah hari tadi.

Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri pula memaklumkan tiada kes yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital dan klinik kerajaan, namun orang awam diminta untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang gejala susulan kejadian itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas "Styrene Monomer" pada kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah.

"Kami sedar bahawa insiden ini telah menyebabkan kebimbangan dan kesulitan kepada penduduk. Kami kini sedang menumpukan usaha mengenal pasti secara terperinci apa yang berlaku bagi membolehkan kami menangani isu yang timbul dengan sewajarnya," menurut syarikat itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu langkah telah diambil dengan bantuan dan sokongan pihak bomba terutama pasukan Hazmat dan pihak berkuasa berkaitan, bagi mengurangkan bau kimia dan mengawalnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 6 hrs 29 mins ago