Translate

04 April 2023

Video tular: Peras ugut pelancong warga China, kertas siasatan dibuka ke atas anggota polis

 Video tular: Peras ugut pelancong warga China, kertas siasatan dibuka ke atas anggota polis

ASTRO AWANI

Video tular: Peras ugut pelancong warga China, kertas siasatan dibuka ke atas anggota polis
Dalam video berdurasi satu minit 48 saat yang tular sejak Ahad memaparkan imej seorang anggota polis berlatarbelakangkan papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman berhampiran bulatan Dato' Onn, Kuala Lumpur yang meminta kad pengenalan diri wanita itu.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan ke atas anggota pasukan itu yang didakwa memeras ugut seorang pelancong warga China kerana gagal menunjukan pasport.

Dalam video berdurasi satu minit 48 saat yang tular sejak Ahad memaparkan imej seorang anggota polis berlatarbelakangkan papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman berhampiran bulatan Dato' Onn, di sini yang meminta kad pengenalan diri wanita itu.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh penguna akaun @cs_kuan, wanita itu menjelaskan ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran, teksi yang dinaiki mangsa dihentikan oleh kereta peronda polis sebelum meminta dia menyerahkan dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, apabila dia gagal mengemukakan dokumen berkenaan, anggota terbabit memeras ugut dan selepas beberapa siri 'rundingan' polis berkenaan akhirnya bersetuju untuk menerima wang RM200.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, polis telah mengenal pasti anggota dan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kita akan panggil mereka untuk direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

"Selepas kertas siasatan lengkap, kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut.

Jika sabit dengan kesalahan, anggota polis itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Siasatan juga katanya dijalanken mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hati kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED