Translate

13 April 2023

Roslizal Razali telah ditahan - PDRM

 Roslizal Razali telah ditahan - PDRM

ASTRO AWANI


Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Lelaki dikenali sebagai Roslizal Razali berusia 46 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto PDRM

April 13, 2023 

Roslizal Razali telah ditahan - PDRM

Lelaki dikenali sebagai Roslizal Razali berusia 46 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, lelaki dikenali sebagai Roslizal Razali berusia 46 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, pada Rabu.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah laptop untuk membantu siasatan.



"Suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut; Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

"Suspek juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Skandaguru berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada hari ini.

Pada 6 April lalu, PDRM mengeluarkan kenyataan sedang mengesan Roslizal Razali bagi membantu siasatan berhubung kes hasutan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED