Translate

15 April 2023

Operasi helikopter ambulans jimat kos kerajaan RM15 juta

 Operasi helikopter ambulans jimat kos kerajaan RM15 juta

Bernama

April 15, 2023 Operasi helikopter ambulans jimat kos kerajaan RM15 juta

Nga (lima, kanan) dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (empat, kanan) bergambar bersama helikopter Emars jenis A109E ketika Majlis Pelancaran Helikopter Emars dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM hari ini. - BERNAMA

Operasi helikopter ambulans jimat kos kerajaan RM15 juta

Nga (lima, kanan) dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (empat, kanan) bergambar bersama helikopter Emars jenis A109E ketika Majlis Pelancaran Helikopter Emars dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM hari ini. - BERNAMA

SHAH ALAM: Pengoperasian helikopter ambulans 'Emergency Medical Air Rescue Services' (EMARS) pertama milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula 1 Mei ini, dijangka menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM15 juta setahun.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kerajaan sebelum ini membelanjakan kira-kira RM20 juta setahun bagi menggunakan khidmat pakar swasta termasuk pasukan doktor udara ke kawasan pendalaman untuk kerja-kerja menyelamat dan perubatan.

"Kolaborasi multilateral bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara dengan memperuntukkan hanya RM5 juta setahun," katanya.



Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan EMARS dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan 2023 di pekarangan Pusat Beli-Belah AEON Shah Alam.

Turut hadir Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Nga berkata perkhidmatan ambulans udara itu bertujuan memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli yang sukar diakses menerusi jalan darat, memindahkan mangsa kemalangan di lebuh raya serta pemindahan organ.

Menurutnya ambulans udara tersebut merupakan helikopter bomba sedia ada jenis Agusta AW109E yang diubah suai dan kini dilengkapi peralatan perubatan kecemasan.

Beliau berkata helikopter yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Bomba Wilayah Tengah, Subang itu boleh memuatkan tujuh penumpang termasuk juruterbang, pegawai perubatan dan dua mangsa pada satu-satu masa.

"Setakat ini, helikopter itu hanya akan digerakkan di seluruh kawasan di Semenanjung kerana ia melibatkan sebuah helikopter.

"Penambahan EMARS selepas ini juga bergantung kepada kewangan dan peruntukan disediakan kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED