Translate

11 April 2023

Lelaki didenda RM5000 selepas mengaku bersalah miliki video lucah kanak-kanak dalam komputer ribanya




Runner insurans’ mengaku bersalah miliki video lucah kanak-kanak
11 Apr 2023, 4:01pm
BULETIN TV3

Tertuduh, Wan Azhar Wan Ismail (tengah) dihukum denda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana memiliki video lucah kanak-kanak dalam komputer ribanya. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Seorang ‘runner insurans’ didenda RM5000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki video lucah kanak-kanak di dalam komputer ribanya.

Tertuduh, Wan Azhar Wan Ismail, 57, turut berdepan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Wan Azhar didakwa mengakses serta mempunyai dalam milikan dan kawalan suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu rakaman video lucah membabitkan kanak-kanak dalam simpanan komputer riba.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini, jam 9.30 malam, 6 April lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED