Translate

10 April 2023

Anwar berkata, cadangan nama Abdul Azeez bagi jawatan itu akan dibincangkan semula bersama Ahmad Zahid

 Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar

ASTRO AWANI

April 10, 2023 

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar berkata, cadangan nama Abdul Azeez bagi jawatan itu akan dibincangkan semula bersama Ahmad Zahid. 

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar

Anwar berkata, cadangan nama Abdul Azeez bagi jawatan itu akan dibincangkan semula bersama Ahmad Zahid. - Gambar fail

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Menurutnya cadangan terhadap nama bekas Ahli Parlimen Baling bagi jawatan itu akan dibincangkan semula bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya juga (akan) bincang dengan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid bahawa salah satu pengumuman yang dibuat, ada yang belum dihantar surat (rasmi).

“Ia termasuk cadangan (lantikan bagi jawatan) Pengerusi KEDA yang mana kita akan teliti semula. Jadi, belum ada apa-apa pelantikan (pengerusi KEDA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional (BSN) Meru Raya pada Isnin.


Pada 5 April, Astro AWANI melaporkan Ahmad Zahid mengumumkan Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA dalam satu program anjuran Kementerian berkenaan di Jitra, Kedah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata pelantikan Abdul Azeez ke jawatan berkenaan adalah bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini disandang oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebelum itu, pengumuman lantikan beberapa nama ahli politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan sebelum ini menjadi pertikaian sesetengah pihak termasuk daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Mengulas lanjut, Anwar berkata lantikan ahli politik ke dalam GLC dan syarikat-syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah berbeza.

Tegasnya walaupun begitu, pelantikan jawatan dalam kalangan ahli politik ke dalam mana-mana GLC dibuat berdasarkan kepada kelayakan dan melepasi syarat yang ketat.

“Jangan andaikan (lantikan ahli politik) ke GLC itu sama seperti mana yang pernah berlaku sebelumnya. Kita syaratkan agar individu yang dilantik itu tidak boleh berbelanja lebih daripada yang ditentukan.

“Malah elaun-elaun yang diterima juga kita hadkan mengikut kelayakan masing-masing. Justeru perkara ini harus dilihat pada konteksnya,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED