Translate

12 November 2020

Tony Fernandes Jadi Penghantar Makanan Pula...

Tan Sri Tony Fernandes
            

Tony Fernandes jadi penghantar makanan pula...

Astro Awani
12 November 2020

KUALA LUMPUR: Beliau mungkin dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya, terutamanya taikun dalam industri penerbangan namun tidak langsung kekok menjadi penghantar makanan.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkongsi sisi lain dirinya yang mungkin tidak begitu biasa dilihat sebelum ini.

Menerusi laman Instagram beliau, Tony berkongsikan gambarnya yang memakai baju-T berwarna putih, berdiri bersebelahan motosikal perkhidmatan penghantar makanan.

“Getting ready to make food deliveries to your house. (Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda.)” tulisnya dalam status tersebut.

Beliau turut berkongsikan gambar beg makanan tersebut yang tertulis ‘airasia.com/food’, antara perkhidmatan terbaru disediakan AirAsia untuk pelanggan.

Status tersebut mendapat respons positif warganet dan setakat artikel ini ditulis, status tersebut sudah mendapat lebih 7,000 tanda suka dan hampir 200 komen.

Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.

Beberapa syarikat baik di dalam mahupun luar negara terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.

Keputusan banyak negara menutup sempadan negara memburukkan lagi keadaan.

Source: Astro Awani 

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED